Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 9, 2011

penyakit tuh aye xtahu pon tetibe aye kene..hahaha

wopppppsss

heeee...lame aye menderita sakit cewahhh...
aye demam panas xmangkit nya..tetibe aye nyer leher membengkak ader kelenjar3 gtuh...nk g kinik aye takut uh..huhuhu kompom aye cari alasan ler xmahu pegi..tetibe semalam makcik sepupu aye datang tgk tkuor dr mulut die..angah...neh beguk nie...haaaa????beguk ke bongok????hahahaha..datang maklong aye plak arini...sume deme kate beguk ...eh ap spesis menda neh..aduhhh huhu aye..


Beguk

Apakah itu beguk?
Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan
pembengkakkan dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia mudah berjangkit dan virus merebak
melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk
mengalami batuk atau bersin. Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan
bermula.

Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala Beguk?
Tanda dan gejala jangkitan bermula selepas 12-25 hari berhubungan dengan orang yang
dijangkiti.

Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada simptom awal, mereka mungkin menghadapi :
• Demam
• Sakit kepala
• Mulut kering dan hilang selera
• Keletihan
• Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid

Gejala-gejala ini biasanya hilang dalam masa 10–12 hari.

Adakah ia satu penyakit yang ringan(biasa)?
Walaupun semua orang yang dijangkiti biasanya akan pulih sepenuhnya, kadang-kadang
komplikasi juga boleh berlaku seperti:
• Encephalitis(Pembengkakan pada otak)
• Meningitis(pembengkakan pada lapisan otak)
• Panccreatitis( Pembengkakan pada Pankreas)
• Orchitis(Lebam pada testis) berlaku pada lelaki dewasa
• Pekak

Bagaimanakah ia dirawat?

Tiada ubat yang khusus untuk beguk tetapi simptom-simptom boleh dilegakan dengan :
• Paracetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit
• Mengambil lebih minuman tetapi elakkan jus-jus yang berasid
• Letakkan ais pada kelenjar parotid atau testis untuk melagakan kesakitan.

Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ianya tidak boleh lagi berjangkit (
iaitu sehingga 9 hari selepas pembengkakan kelenjar saliva) atau sehingga bengkak tersebut
hilang.

Bolehkah ia dicegah?

Beguk juga boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin beguk ini diberi pada umur 12 bulan dan
kemudian ketika berumur 7 tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu
(mumps,measles and rubella) ianya sangat berkesan untuk mencegah beguk ini.

Petua merawat pon aye dapat...zasssss

begini lah jadi nyer..


haaaa nila + cuka(makan) dulu3 kale gune nila yg buku tuh en


hope xler teruk yer..aye amek info pon dr pakcik google..ngeee

maseh bace ^_^










No comments: